salam kabare blogger2 dan jga bkn blogger . arituu aku jnji nk hupdate acap2 + kerap2 kli kn blog nie . last2 terbengkalai jdik rumah usang jgk kn . so odd , aku nie tyme sibuk nk test rajen lahh plak nk update blog . skunk nie dahh free 1 pon xhupdate lg kn . uhh . dah tmbah dosa kering xtunai jnji . sokkay la . aku mintak maaf la eh . mlm nie aku nk hupdate laju2 sbb aku pon dah ngntuk . esk pg2 lg dah kna bgn peG faC . pehal lahh plak kn weekend peG fac . aku ade ldk lahh . LATIHAN DALAM KUMPULAN . td dah peG dgr ceramah so esk buat ltihan lahh plak . psal ape ? xthu lg . hehehe .
okess2 , memandangkan aku nie rkyat kelantan so aku nk aware la kunun2 pasal commit suicide tuhh . kt kbmall kn ? da thu kn ? tmapt aku berjimba lahh tuu kt sane . kengkadang or blh dikatakn almost . mungkin . hohohoho .
Kota Bharu:Seorang Pelajar Perempuan cuba untuk membunuh diri dari
tingkat atas KB Mall Kota Bharu.Sebab utama cubaan untuk membunuh diri
masih tidak diketahui.Menurut saksi yang berada ditempat
kejadian,pelajar perempuan mengambil keputusan untuk membunuh diri
kerana putus cinta dan ada juga yang mengatakan bahawa disebabkan oleh
keputusan SPM yang kurang memuaskan.Motif sebenar masih tidak diketahui.
" Pengunjung pusat beli-belah KB Mall di sini, digemparkan dengan
tindakan nekad seorang gadis berusia 20 tahun yang cuba terjun daripada
tingkat tiga bangunan tersebut petang ini, dipercayai akibat tekanan
masalah keluarga dan percintaan. Sebelum itu, gadis yang tinggal di
Kampung Gaung dekat sini, telah menarik perhatian orang ramai selepas
memanjat tembok dan berdiri di birai bangunan berkenaan sambil memegang
sebilah pisau dan telefon bimbit.
Sepasukan anggota bomba yang tiba di kawasan itu kira-kira pukul 3.54
petang, cuba memujuknya hampir sejam tetapi gagal, malah dia enggan
untuk berkomunikasi.
Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata,
operasi menyelamat agak sukar kerana dia turut membawa sebilah pisau
sambil mengacu pisau ke leher untuk menikam dirinya sendiri.
"Selepas gagal memujuk, kita memulakan operasi menyelamat, anggota
kita, Mohd. Zaki Ismail berjaya menangkap gadis itu tetapi dia
meronta-ronta untuk terjun sehingga terlepas daripada gengaman dan
terjatuh "
"Tetapi dia bernasib baik kerana jatuh di atas tilam yang diletakkan
oleh anggota kita, pengawal keselamatan KB Mall dan orang ramai,"
katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.
Gadis yang bekerja di sebuah pusat beli-belah di Wakaf Che Yeh itu
dikatakan hanya mengalami kecederaan di muka kerana bergesel dengan
dinding bangunan dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPB
II) untuk rawatan.
Pada 6 Disember 2009, pengunjung pusat membeli-belah berkenaan
digemparkan dengan insiden sebuah kereta terjunam dari aras atas tempat
letak kereta hilang menyebabkan dua sahabat maut manakala dua lagi
parah.
Sementara itu, bapa saudara gadis tersebut, Ahmad Nizam Awang, 43,
berkata, pihaknya tidak mengetahui punca kejadian tersebut tetapi
mengakui anak saudaranya itu mempunyai hubungan yang dingin dengan
ibunya.
"Ayahnya meninggal dunia sejak dia bayi lagi dan hanya tinggal dengan
neneknya. Pada masa itu, ibunya tinggal di Melaka dan baru kembali
semula ke negeri ini.
"Dia anak tunggal dan hanya mempunyai adik-beradik tiri, baru-baru ini
dia ada masalah dengan ibunya. Disebabkan itu, dia tinggal bersama ibu
saudaranya selama sebulan sebelum kembali semula ke rumahnya tetapi
saya tidak boleh menolak kemungkinan dia menghadapi masalah percintaan,"
katanya.
korang rase sbb keputusan SPM ke sbb cinta ? mostly kalo sggup smpai korbankna nyawa sendiri nie sbb putus cinta . kn ? [ astaga , pk negative je lahh ko nie] . =))
Sunday, March 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)













0 tinggal pesan ;-)):
Post a Comment